Proton

Masalah Utama Proton Exora. Dari komen penonton


komen-komen pilihan dari penonton mengenai video review jujur exora bold turbo.

subscribe channel saya sebagai tanda sokongan ?

Show More

Related Articles

45 Comments

  1. Saya beli exora bold second 2014, cuma masalah dia ada gegaran bila start enjin, blm jln lg, adakah disebabkan mounting enjin dah keras? Atau lain2 masalah?

  2. Saya pengguna exora CPS Bold 2012 Auto..setakat ni alhamdullillah no problem..minyak hitam dari dulu guna castrol fully syntetic (start/stop) 5/30w , sentiasa tukar setiap 8k kilometer sekali dengan oil filter ori beli kat proton..minyak gearbox amalkan tukar setiap 20k dan gearbox filter setiap 40k ..recommended hanya minyak petrol shell ron95 je..enjin lagi smooth..dh banyak kali try guna minyak lain tapi enjin x smooth macam shell..minyak petronas pulak rasa kasar sikit enjin..

  3. Assalam bro..yg bro kata kekal pd gear D wlaupun tgh berhenti kt trafic light sy x setuju..actually bro dh memendekkan jangka hayat gear box & bg bebanan pd enjin..satu lg yg plg penting utk faktor keselamatan..lets say klau kaki bro tergelincir dr pedal brake x psai2 dh lnggaq keta org..satu lg sy nk tmbah jarak jasin-kedah bkn 560km..tu bru jarak dr nilai-aloq staq iaitu 550km..klau dr jasin melaka mngkin dlm 750km

  4. Sy alami sendiri dgn exora gear box… Baru 102 000km terus Gear box rosak…. Tak tau nak kata apa…. Tukar yg recond kena 6k… Tapi mekanik kata segera jual sebelum rosak balik…. Tak tunggu lama terus jual… Kena topup pulak lagi 6k…. Sekarang dah pakai brv…. Setakat ni lancar…minyak pun save….

  5. Exora cps 2009.dah 10 thn. Lampu yg meyala.lampu Abs lampu hndbrke dan lampu airbeg.klau malam meriah lah jugak pnel meter haha.Dan satu lagi yg kerap rosak. Temprture aircond. Dah 3x tukar. Yg lain alhamdulillah.

  6. saya pengguna exora bold 2012..beli 2nd hand dah 4 thn guna…exora dah 7 thn alhamdulillah exora the best…selesa utk fmly..setakat ni och je tukar sb pecah..lain ok..

  7. aku kdg kesian tgk org yg bwk kereta gear box rosak.. aku pengalaman kerja 13 thn kerja memandu lori, kereta belum pernah gear box rosak, aku beli kereta pon dah masuk 2 bijik smua second pon belum pernah gear box rosak. myvi aku outo aku dah pakai 10 thn bro. gear box masih ok. sebenarnya ape benda kereta ko pakai tapi cara ko tekan pedal minyak tu x betul gear box ape pon x kan tahan lame. ko memandu nie kena ade peraturan bro. bkn main pijak pedal saja klu rase nak gear box ko tahan lame. klu ko memandu cara org masuk trek mmg xkan lame lah ape benda kereta pon ko pakai.. kelakar haha

  8. Saya pakai exora first model exora 2009, dh lbh 10thn bro tp exora bg sy terbaek la stakat ni, servis kena jaga. Aircond sdh 4kali tukar & lain² alhamdulillah. Top steep exora first model dpt la 180km/j, x brani nk tekan lbh,hahahaha…keta dh lbh umo.

  9. Saya baru je 5 tahun pakai Exora mc2,selama pakai 5 tahun ni alhamdulillah takde kerosakan apa2 lagi,cuma hanya sekali je paip power stering pecah,masa dlm waranti,apa yg penting saya services di centre proton.

  10. saya ada terbaca klu dah berhenti dan nak pecut jgn terjah pedal minyak mcm nak racing, bagi gerak slow sikit baru boleh tekan kuat sikit. alhamdulillah Exora saya masih ummph wp tahun 2010.

  11. Kereta exora bold turbo aku… 10.10.2019 Baru jer keluar dari proton servis dekat sg.petani ni… Setelah hampir sebulan jadi pekasam… Masalah exora aku ialah GEARBOX….mujur dlm warranty lagi… Dah la kereta kedua tak ada… Aduhhhh azab rasanya nak uruskan aktiviti harian

    Sebelum hantar kereta ke proton servis …kereta exora aku dlm keaadaan baik dan terbaik…

    Bila selepas ambil kereta….bawa dlm 1km…. Steering kereta gegar teruk apabila di traffic light, semasa gear pada N atau Parking… Bunyi sedikit bising ketika tekan minyak utk maju…dan menyebabkan kurang selesa ketika memandu…

    Aku uturn balik …hantar semula utk periksa…. Kata pomen proton… Mungkin sebab enjin di gantung terlalu lama… Dan kereta di letak atas stand dgn cara yg salah….

    Girl di Front office proton maklum , dia kata " disini guna tenaga manusia , tak sama mcm kereta baru yg menggunakan tenaga mesin "… What the stupid statement…. Customer tak mau dengar semua tu…. Lu pikir la sendiri…. Mcm mana nak bagi customer PUAS dengan servis korang….. Terasa juga nak pergi report POLIS sbb terasa mcm di tindas dan terasa tertipu….

  12. Salam, nak tanya ni? Ada sesiapa yang tau x kalau dia boleh tukar gear, maksudnya kalau pergi ke n atau r atau d tu memang dash tunjuk dia dah tukar tapi dia cuma boleh reverse je.
    Kalau pergi ke D dia x kan jalan, kita tekan minyak kuat baru dia start jalan lepastu dia semput dan terus mati. Mintak tolong sangat nak tau masalah gb atau sensor gb sahaja?

  13. Sya sudah gunakan Ezora CPS manual hampir 9 tahun,sejak beli spai skrang tiada masaallah besar asal kan kita rajin menghantar nya servis ikut masa dan mengambil tahu serba sedikit tentang penjagaan enjin ini memang perlu serta minyak gierbox nya di tukar setiap 20.000 kilometer tiada masaallah sampai lah sekarang!

  14. Golf gti tue penuh kat glenmarie buat gearbox volvo xc60 2011-2018 clutch cover faulty qb gearbox oil cooler dlm sebulan akan ada 5 kereta buat gearbox itu volvo keta lain?

  15. ya. selalunya sensor gearbox boleh ada masalah jika dah lama. beberapa group SExorian Crew turut ada masalah sama. Tp yg masalah utama SEC adalah Wiperlink. Yg lain semua OK. keta dah 10 tahun. masih tip top. CPS first batch julai 2009.

  16. Geng geng exora selalunya ada dlm group Exorian sendiri berdasarkan negeri. Mungkin tak semua yg join (Kalau nampak stiker banyak kat cermin belakang tu, EXOM selalunya). Kepada yg ada dlm group EXOM/SEC/Dll, mungkin tahu lebih detail masalah, bengkel yg bagus atau menipu, Servis centre yang cekap, sparepart yg wajib ori mahupun yg boleh guna barang luar. Barang electrical, termasuk relay, alternator mesti guna yg ori dari proton termasuk bateri pun sama kalau nak keta kekal lama. Harga pun lebih kurang dgn brand lain, tapi ada jaminan. Minyak enjin ikut masing masing, rata rata group rekomen Shell atau utk saya, hanya guna yg di Servis centre saja [Fully Sintetik] (Petronas selalu beri free gift utk belian minyak pelincir terutama fully sintetik). Bush termasuk engin mounting guna ori, ramai dah guna brand lain atau yg murah dari china, dapat tahan 2-4 bulan saja, lepas tu tukar balik. Exora ni byk sensornya. If lampu (!) dah keluar, bawalah cek dulu. Saya sendiri pernah delay repair dari kos asal 145 utk brek sensor, at last, berjangkit ke tpt lain sehingga kos jadi 850.00. Pengajarannya, selengarakan kenderaan ikut masa, pandu ikut kapasiti kereta (walau ada turbo, bukan bermaksud boleh press minyak macam kereta drag, keta drift), Exora sesuai utk pelbagai golongan terutama yg ada keluarga. Klu yg bujang nak beli exora pun ok, boleh modified belakang jadi small homecar, ajak geng, atur program kembara dari Malaysia ke Europe ikut jalan darat. Sya dah ada rakyat kecik susah sikit…

    Kereta warnanya luntur, ikut logiklah, negara kita panas, bila letak car wax yg bahan asasnya adalah oil based, bila selalu guna dn parking panas, pastinya ketahanan metalik asal akan hilang lantas cepat pudar dek haba panas bercampur wax pada permukaan keta. Saya tidak pernah wax keta, cuci dgn pencuci kereta/sabun hanya setahun sekali, itupun jika lalu dikawasan tepi laut yg ada wap air masin. Exo saya sudah 10 tahun 6 bulan, metalik asal masih tip top, warna biru first batch. Macam manusia, org yg kerap minum air kopi, air cola atau apa apa air bergula, bandingkan dgn org yg hanya minum air mineral atau air suam, siapa lebih sihat?

  17. Nk tnya, exora sya 2015 year end. Tdi lampu cvt kat meter hidup, tpi tak hidup berterusan, hidup dan mati, dlm 10km kemudian baru hidup balik dan mati smula.
    Ada sesiapa sahabat boleh sharekan masalah nie?
    Jazakallah kk.

  18. Bro sumpah aku sorang je ke jatuh cinta dgn Exora ni?..bkn apa belambak bodykit front jual kt shopee,plan nak beli exora cps satu..malas nak amek bold dgn cvt+turbo,resale value tu mmg akan rendah utk smua keta skrg tp bnda tu nikmat utk sekenhen hunter mcm aku?

  19. Exora Bold saya beli akhir tahun 2013, alhamdulillah enjin dan gear box masih ok, pernah tukar ABS 2 kali semasa warranty, lepas tu alhamdulillah masih ok. Pernah pecah OCH masa 60,000km.. nasib baik enjin x pecah. Tukar timing belt masa 80,000km dan dah tukar Tensioner belt masa sekali (tukar fead belt, fuel fliter dan turbo hose ke filter box ). skrg milage baru 87,000km .. tunggu 100,000km nak tukar CVT fluid dgn filter skali. Minyak enjin sentiasa tukar 5000km, dan drive kene lemah lembut..

  20. sya guna exora bold turbo……dah dua kali masuk bengkel masalah gear box… kejadian terbaru ketika naik bukit dgn kelajuan 35km/hr ( bukit biasa je x curam sangat) ketika di tengah bukit ada bongol/bump.. bila tekan break kat bump tu , masa tekan minyak utk move semula tiba2 gear free ..x boleh gerak kedepan dan gear revers pn x boleh. bila tutup engine start semula boleh jalan pula.. (berlaku dua kali di tempat sama….nk tanya apa masalah nya ye. (ada yg kata mungkin body valve….apa itu body valve ye, kat mana kedudukan valve tu)

  21. Lambang 'durian' sering keluar pada exora bold turbo saya. Bawak ke bengkel, dia cakap gearbox ada problem. Pernah masa bawak tu Di hiway, tetiba kereta tak ada power langsung Dan no gear at all. Please advise…

Back to top button