Proton

PROTON EXORA 2021 Detail Spec Exterior & Interior – Bukan sekadar MPV tapi macam LORI | (EP36)


NOTA:

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,,

Apabila kita sudah memiliki keluarga yang besar, kita pun perlu upgrade kereta yang sesuai denga isi keluarga, kalau keluarga lebih 6 orang, dah tak…

Show More

Related Articles

27 Comments

  1. Tapi ramai pengguna exora Komen och pecah… proton ade upgrade ke och Tu…sbb dah bertahun masalah och pecah ni…ade yg kereta Baru keluar 3 minggu dri show room dh pecah och Nye….

  2. Dah tak ada TV untuk penumpang belakang ?, alhamdulillah kereta ayah saya ada, ayah saya ambil Exora tahun 2012, Alhamdullillah kereta ok sampai sekarang, balik JB ke Kelantan Dan Kelantan JB ?

  3. Aku punya kisah benar lagi sahih…meh aku ceritakan…aku beli exora(premium)baru(year 2021) pakai 4 bulan och pecah dan minyak enjin kering,pastu kereta kena tarik hantar kat pusat service,banyak jugalah alasan dan sebab kenapa och tu boleh pecah,lain pomen lain versi alasan dan sebabnya tergelak jugalah masa tu,pastu nak tunggu part 3 bulan(paling cepat) baru sampai,nasib baik part ori(genuine proton part) ada jual kat kedai luar mau tak mau terpaksalah beli pakai duit sendiri,nak dijadikan cerita…bila dah pasang och dan ganti minyak enjin yang baru,och baru tu memang sah2 duit sendiri minyak enjin yang baru tu pun aku kena bayar kat pusat service tu juga??‍♂️mati2 aku ingat minyak enjin tu masuk dalam waranty spare part sebab kalau bukan kerana och tu pecah minyak enjin tak kering…rupa2nya tak ada dalam waranty dohhh!alasan mereka sebab minyak enjin tu tiada dalam part atau kompenen yang pusat servis tanggung atau tiada dalam jaminan kereta baru…kecewa gila aku masa tu…beratus jugalah duit sendiri melayang…soal handling,space dan comfortable aku akui exora tiada isu

  4. setelah buat timbang tara dlm kategori mpv, Exora Bold turbo mmg out of list, better go for Exora cps lama salah satu sebab tak mahu beban yuran bulanan. sebelum itu mmg Toyota wish & Honda Stream dlm pilihan langsung xminat Exora apatah lagi CPS, namun bila ada kedai clearance stock dpt beli cash murah.
    Setelah memiliki Exora baru tahu nikmat berkendara yg tak pernah tahu sebelum itu. walau rupa tak minat tapi dari segi spacious, Air-cond, maintenance cost, practicallity alangkah seronoknya lihat reaksi anak2 memang berbaloi, cuma soal kekurangan kuasa tork dan tiada penjimatan petrol menjadi isu, tapi ianya tak mengapa dari kena fikir masalah kerosakan yg kerap ditanggung owner

  5. keta exora 2021 premium aku baru 9 bln…servis kedua baru seminggu lepas tu dah rosak rosak dekat cam sensor dan vvt valve. baru 7k+++ kilometer. skrg kereta dekat proton servis sbb under warrenty. apa la nasib keta baru aku ni…awal2 dah buat hal…huhuhu

  6. Proton Holding sepatutnya sudah gunakan enjin bersesaran 1800cc atau 2000cc. Enjin tidak dapat menanggung beban penuh 7 penumpang. Manual tak apa juga, ni auto memang meraung enjin. Itulah satu punca ia kuat telan minyak.

  7. Proton holding sepatutnya da upgrade cc enjin kepada 1.8 .
    Ayuhla proton holding, tak payah upgrade mcm². Cukuplah naikan cc enjin, guna lampu led, moniter 10inci. Da berbalaoi tu. Takkanlah minyanya parah dan tentukan spec manual 1.8, auto 2.0

  8. untuk kes och patutnya proton dh boleh buat recall balik untk tkr tu..supaya menjaga pelanggan proton..dn kepercayaan proton kepada rakyat malaysia..

Back to top button